Sunday, January 12, 2014

MALAYSIA>>Isu Cola: Kerajaan perlu respons jika prihatin

  • Khalid AtanKhalid Atan
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan bertindak atas prinsip prihatin kepada rakyat untuk memberi respons kepada cadangan memberikan Elaun Sara Hidup (Cola) RM300 kepada pekerja swasta.

Presiden MTUC, Khalid Atan berkata, perkara itu boleh diputuskan kerajaan dengan menggariskan peraturan sekaligus memberikan situasi menang-menang kepada tiga  institusi yang terlibat tersebut.

Menurutnya, kemelesetan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup juga pernah berlaku pada zaman pemerintahan sebelum ini, namun pemimpinnya telah mengambil keputusan memperkenalkan Cola  kepada semua rakyat.

"Kita telah lama meminta perkara ini kepada kerajaan, memang kita akan berunding dengan kerajaan.

"Namun atas konsep dan prinsip prihatin kepada rakyat, kerajaan perlu memberi respons mengenai cadangan kita itu.

"Cola perlu diberikan kepada semua rakyat seperti zaman  bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak sebanyak RM30, kerajaan ada kuasa untuk melakukan perkara tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Sabtu lalu, MTUC berkata sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya syarikat-syarikat swasta memberikan Cola RM300 kepada pekerja-pekerjanya.
Sehubungan itu, penganalisis politik juga berkata Cola wajar diberikan kepada pekerja swasta yang berpendapatan rendah pada masa ini.

Dalam pada itu, Khalid juga menegaskan tidak akan berputus asa menyuarakan keperluan rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang kian meningkat.

"Kita tak akan berhenti, akan terus memberi tekanan serta menggesa kerajaan supaya memandang serius dalam isu ini.

"Semua rakyat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, bukan hanya penjawat kerajaan," tegasnya.

Industrial Court of Malaysia

CA NUTEAIW VS PAPS JV (COLA RM 100)


http://industrycourtcase.blogspot.com/2013/01/ca-nuteaiw-vs-paps-jv.html

No comments:

Post a Comment