Wednesday, January 15, 2014

MALAYSIA:::Kerajaan patut urus ambil pekerja asing

Kerajaan patut urus ambil pekerja asing
Kuala Lumpur: Sudah tiba masanya semua urusan pengambilan pekerja asing diambil alih sepenuhnya agensi kerajaan atau kerajaan dengan kerajaan (G2G), bukan lagi melalui khidmat ejen. 

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata langkah itu memastikan rekod dan data lengkap serta jumlah pekerja asing sah atau tidak sah di negara ini dipantau dengan lebih sistematik. 




Katanya, ia juga memudahkan pergerakan mereka dikesan lebih awal serta mengurangkan kos majikan. 


Katanya, komitmen dan perkhidmatan kedutaan asing di negara ini perlu dimaksimumkan, bukan saja merekodkan urusan kemasukan warganya, bahkan turut sama berperanan sebagai perantara dalam mendaftarkan pekerja. 

“Isu kebanjiran pekerja asing berada pada tahap membimbangkan, langkah sedemikian mampu mengawal kebanjiran mereka untuk tempoh jangka panjang. 

“Kita tak pernah menghalang penggunaan khidmat pekerja asing, kita larang kemasukannya, biarlah berpada dan mengikut keperluan, bukan sampai terlebih sehingga menjejaskan pekerja tempatan,” katanya kepada BH. 

Beliau berkata, menerusi langkah itu juga, kebajikan pekerja asing terbela dan mengelakkan mereka mudah diperdaya ejen atau majikan seperti kes tipu dokumen, tidak dibayar gaji serta diberhentikan kerja tanpa ditanggung kos pulang. 
“Sekarang, banyak kes pekerja asing tidak pulang ke negara asal selepas diberhentikan (majikan) atau visa tamat tempoh, termasuk ditahan dalam operasi pihak berkuasa, alasannya tiada duit. 

sumber:::http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment