Wednesday, January 15, 2014

MALAYSIA>>Purata pemberian bonus kekal


Majikan di Malaysia dijangka mengekalkan pemberian bonus pada kadar sama tahun lalu susulan petunjuk pemulihan dalam ekonomi negara disokong unjuran keseluruhan perdagangan dunia yang positif.


Mengikut Laporan Pasaran Pemberian Ganjaran yang disediakan Hay Group Malaysia, menjelang pembayaran bonus pada akhir minggu ini, pekerja cemerlang dijangka menerima bonus hingga empat bulan atau lebih daripada gaji pokok mereka. 


Ketua Negara Perkhidmatan Produktiviti Hay Group Malaysia, Alex Lim, berkata penerima terbesar adalah pekerja di badan pelaburan ekuiti utama susulan prestasi pulangan pelaburan yang kukuh pada tahun lalu. 


Katanya, selain syarikat broker saham, agensi kerajaan yang terbabit dalam pelaburan ekuiti juga dijangka memberikan ganjaran yang besar kepada kakitangan utama mereka dengan bonus bukan tetap yang tinggi.

“Jumlah bonus-bukan-tetap yang dijangka dibayar oleh 436 entiti penyumbang maklum balas dalam laporan HayGroup adalah 2.6 bulan - lebih tinggi sedikit berbanding 2.5 bulan pada 2013.

“Jumlah bonus itu adalah tambahan daripada pembayaran bonus tetap pada Disember, sekali gus menunjukkan pembayaran ganjaran keseluruhan bagi pekerja di negara ini kekal kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Agihan 47 peratus 
Corak pemberian bonus itu berdasarkan maklum balas syarikat tempatan dan asing yang beroperasi di negara ini menerusi agihan 47 peratus daripada syarikat tempatan manakala 53 peratus lagi firma asing.

Berdasarkan laporan itu, kadar bonus-tetap adalah sekitar 1.6 bulan dengan 10 peratus daripada syarikat utama membayar dua bulan bonus pada kadar purata.

Namun, laporan itu turut menonjolkan firma dengan pendapatan terendah tahunannya lebih cenderung untuk memberikan ganjaran bonus-tidaktetap yang lebih tinggi - sekitar 4.9 bulan berbanding syarikat utama yang lain.

Tambah laporan itu lagi, secara keseluruhannya, jurang bonus-tidak-tetap di antara pengurusan kanan dan pekerja tidak terlalu besar - dengan purata setengah bulan.

sumber:::http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment