Wednesday, September 3, 2014

MALAYSIA:::KWSP catat keuntungan pelaburan RM10.4 bilion suku kedua 2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat keuntungan pelaburan suku kedua sebanyak RM10.4 bilion pada Jun 2014 berbanding RM9.6 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pertumbuhan 13.47% itu disumbang hasil daripada prestasi ekonomi negara yang stabil dan menggalakkan.

"Kami berpuas hati dengan keputusan suku kedua 2014 memandangkan kami dapat mengekalkan momentum suku sebelum ini hasil daripada ekonomi Malaysia yang stabil dan menggalakkan," kata Shahril dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mereka mensasarkan memberi sekurang-kurangnya 2% pulangan sebenar untuk tempoh tiga tahun berturut-turut kepada ahlinya.‎
Sehingga 30 Jun 2014, pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur meliputi sebanyak RM14.92 bilion atau 2.44% daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Pelaburan aset kekal sebagai penyumbang utama kepada prestasi baik suku kedua KWSP tahun ini.
Kedua-dua pelaburan ekuiti dalam dan luar negara menghasilkan pulangan pelaburan sebanyak RM6.49 bilion, peningkatan 16.06% atau sebanyak RM898.50 juta.
Daripada keseluruhan pulangan pelaburan ekuiti, 42% disumbangkan daripada portfolio antarabangsa.
Selain itu, prestasi suku kedua 2014 juga menyaksikan pendapatan tetap dan pelaburan berisiko rendah memperoleh pendapatan yang kukuh.
Pinjaman dan bon penyumbang kedua paling tinggi, menghasilkan pulangan RM1.85 bilion, peningkatan sebanyak 21.23%.
Sementara itu, sekuriti kerajaan Malaysia dan kesarataan tunai menghasilkan pulangan sebanyak RM1.74 bilion.
Setakat 30 Jun 2014, aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak RM58.49 bilion daripada RM553.92 bilion pada suku kedua 2013 kepada RM612.41 bilion.
Daripada jumlah itu, 22% dilaburkan dalam pasaran global. Pelaburan di luar negara meliputi ekuiti global (17%), bon (3%), ekuiti swasta (1%) dan hartanah (1%).
Dalam tempoh sama, KWSP menyuntik RM3.40 bilion kepada pengurus dana luar di mana AS$350 juta disalurkan ke dalam mandat ekuiti global dan AS$300 juta ke dalam sukuk global.
Bagi dalam domestik, RM800 juta disuntik ke dalam bon domestik dan RM500 juta kepada ekuiti.
Setakat ini, pelaburan KWSP diuruskan oleh pengurus dana luar sebanyak 12.77% di seluruh ekuiti dan saluran pendapatan tetap untuk kedua-dua domestik dan global.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment