Wednesday, September 3, 2014

MALAYSIA:::NUJ mengutuk serangan ke atas jurugambar NST

NUJ mengutuk serangan ke atas jurugambar NST
Aizuddin Saad (kanan) ditumbuk lelaki dipercayai waris mangsa tragedi ketika membuat liputan di Nirvana Memorial Center, Sungai Besi. 
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mengutuk keras serangan ke atas jurugambar New Straits Times (NST)Mohd Aizuddin Akmaldi Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi pada pagi Selasa.

Presidennya Chin Sung Chew berkata, kesatuan itu – yang mewakili 1,500 ahli – tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan secara tidak bertamadun terutama sekali ketika para wartawan sedang menjalankan tugasan mereka di lokasi.



"Kami menggesa ahli-ahli kami mengambil sikap berhati-hati dan lebih berjaga-jaga apabila mereka berada di lokasi. Kerja kita telah menjadi semakin berbahaya," kata Chin dalam satu kenyataan.

Kesatuan ini turut menggesa penguat kuasa undang-undang untuk meneliti perkara ini dan menjalankan penyiasatan secepat mungkin.

"NUJ Malaysia dengan jelas menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mengambil keadilan di tangan mereka, tanpa mengira situasi itu," katanya.

Kesatuan itu juga akan menyediakan bantuan guaman untuk Aizuddin jika perlu.

Pada Selasa, kekecohan berlaku semasa ketibaan tiga jenazah penumpang MH17, iaitu pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes di Pusat Peringatan Nirvana.

Ia berlaku apabila salah seorang ahli keluarga mendiang, secara tiba-tiba menyerang jurugambar dan jurukamera yang membuat rakaman semasa urusan mengeluarkan jenazah pertama daripada van jenazah.

Lelaki itu kemudian cuba menumbuk beberapa orang petugas media menyebabkan Aizuddin cedera di bahagian muka dan hidung.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

No comments:

Post a Comment