Thursday, October 30, 2014

MALAYSIA:::Salah laku mungkin punca Utusan Printcorp buang pekerja

Abdul Rahim (kiri) bersama Kyairul Hassme menunjukkan laporan penyiasatan terhadap pengurusan Utusan Printcorp di Kajang pada 27 Oktober 2014. Foto: RADZUAN HASSAN
Abdul Rahim (kiri) bersama Kyairul Hassme menunjukkan laporan penyiasatan terhadap pengurusan Utusan Printcorp di Kajang pada 27 Oktober 2014.

UMNO Bahagian Serdang mendakwa salah urus punca Utusan Printcorp membuang 104 pekerjanya baru-baru ini. Selain dibuang tanpa notis, kesemua mereka juga sudah tidak dibayar gaji selama tiga bulan sejak Ogos lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Mejar (B) Abdul Rahim Mohd. Amin berkata, pihaknya tampil membela pekerja terbabit yang kini menyewa di Kompleks Sri Utusan, Bangi.
Menurutnya, Utusan Printcorp dahulunya milik Utusan Melayu (M) Berhad sehingga 12 Ogos 2011 sebelum dijual kepada DTSP Consortium Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, sehingga kini Utusan Melayu masih ada pegangan 40 peratus saham dalam Utusan Printcorp.
"Utusan Melayu jual 70 peratus saham biasa Utusan Printcorp kepada DTSP yang kemudiannya menjual kembali 10 peratus saham kepada Utusan Melayu pada harga yang tinggi..saya rasa ada salah laku atau pecah amanah dalam urusniaga itu.
"Ia kemudiannya menyebabkan seramai 104 pekerja Utusan Printcorp dibuang kerja, tidak dibayar gaji dan tunggakan RM350,000 daripada KWSP tidak dibayar kepada pekerja," ujarnya selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Kajang di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bekas Pekerja Utusan Printcopr, Kyairul Hassme Madan dan 70 kakitangan syarikat yang sama.
Beliau juga mempertikaikan kesahihan syarikat itu rugi sehingga terpaksa membuang pekerja tetapi dalam masa yang sama, Utusan Printcorp mengambilalih syarikat GLC, JARING Communication Sdn. Bhd.dan MISC Corporation pada nilai kira-kira RM100 juta.
"Selepas bekas kakitangan Utusan Princorp menubuhkan jawatankuasa bertindak mereka meminta pertolongan saya, saya bersetuju memandangkan pejabatnya di Bangi masih dalam kawasan Parlimen Serdang," katanya.
Berdasarkan kajiannya, Abdul Rahim berkata, Utusan Printcorp ada buat keuntungan kira-kira RM1 juta tetapi ditutup atas alasan mengalami kerugian kepada Jabatan Tenaga Kerja.
"Saya ada jumpa beberapa ahli lembaga pengarahnya yang sudah berhenti kerana tidak setuju dengan penjualan Utusan Printcorp kepada DTSP.
"Saya juga sudah berjumpa dan hantar laporan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.
Beliau juga bimbang masalah yang sama akan menimpa JARING dan MISC Corporation di kemudian hari.
source:::http://malaysiagazette.com

No comments:

Post a Comment