Thursday, November 20, 2014

MALAYSIA:::Al Jazeera tunjuk pelarian didera di pusat tahanan Malaysia dalam laporan eksklusif

Malaysia dilihat menzalimi dan mengeksploitasi pelarian di dalam penjara dalam laporan berita Al Jazeera selepas dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. – Gambar Reuters, 20 November, 2014.
Malaysia dilihat menzalimi dan mengeksploitasi pelarian di dalam penjara dalam laporan berita Al Jazeera selepas dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. – Gambar Reuters, 20 November, 2014.Layanan Malaysia terhadap pelarian menjadi perhatian sekali lagi susulan laporan berita Al Jazeera yang memaparkan keadaan mereka dizalimi dan dieksploitasi di dalam penjara, serta kegiatan rasuah kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam satu program yang masih belum disiarkan di saluran 101 East, penyampai kanan dan wartawan Steve Chao menyamar sebagai seorang paderi bagi mendapatkan akses ke dalam pusat tahanan yang "terkenal" itu di mana ditempatkan pelarian yang ditangkap.

Menurut UNHCR, terdapat 150,000 pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka ke Malaysia, dengan harapan dipindahkan ke negara ketiga.
Bagaimanapun, Malaysia, yang baru-baru ini dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, menolak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 bagi mengiktiraf status pelarian.
Oleh itu, mereka tidak dibenarkan bekerja atau pergi ke sekolah, mendorong mereka menubuhkan pusat komuniti mereka sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka.
Mereka juga boleh ditahan bila-bila masa dan akan ditempatkan di dalam pusat tahanan yang penuh sesak di mana Chao mendapati keadaannya sangat daif. – 20 November, 2014.
source:::http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment