Wednesday, December 3, 2014

MALAYSIA:::Kementerian nafi dakwaan AS buruh kanak-kanak dalam sektor kelapa sawit.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi nafi dakwaan Amerika Syarikat berhubung kewujudan buruh paksa dan kanak-kanak digunakan dalam sektor perladangan kelapa sawit negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2014.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi nafi dakwaan Amerika Syarikat berhubung kewujudan buruh paksa dan kanak-kanak digunakan dalam sektor perladangan kelapa sawit negara.

Tidak ada kanak-kanak atau buruh paksa dalam sektor perladangan kelapa sawit Malaysia, kata Putrajaya, mengulas senarai yang dikeluarkan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) memetik industri berbilion ringgit negara itu menggunakan tenaga kerja kanak-kanak.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, kaji selidik 6 bulan yang siap Jun tahun ini membabitkan 68 ladang dan syarikat kecil di beberapa negeri mendapati, tidak ada buruh paksa atau kanak-kanak dalam sektor itu.

Kaji selidik itu dijalankan di Selangor, Perak, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak meliputi 1,632 pekerja.
“Dalam kes di Sabah, kajian menunjukkan anak warga asing menemani ibu bapa mereka di tempat kerja mereka kerana tiada sesiapa yang menjaga di rumah dan mereka juga membantu dengan kerja ringan seperti mengutip buah gugur.
“Bagaimanapun, ini hanya dibenarkan selepas waktu persekolahan, hujung minggu dan hari cuti,” kata kementerian itu dalam satu kenyataaan kepada The Malaysian Insider. – 3 Disember, 2014.
sumber:::http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment