Tuesday, January 20, 2015

MALAYSIA:::Kaji kursus OSH

Pengarah Eksekutif Niosh, Rosli Hussin (dua, kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan Ilsas, Datuk Ir. Abdul Aziz Jaafar (depan, kanan) sambil disaksikan Leo Moggie, Lam Thye dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd (belakang, kanan).

TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (Ilsas), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin kerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dan Niosh Certification Sdn Bhd, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan  (OSH).

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie memberitahu, kerjasama tersebut akan berlangsung selama tiga tahun dan yang pertama bagi ketiga-tiga pihak.



“Ketiga-tiga pihak akan mengkaji dan mengemas kini kursus-kursus yang berkaitan OSH sedia ada bagi menepati keperluan undang-undang.

“Selain itu, ia juga akan bekerjasama dalam membangunkan keperluan kursus-kursus yang berkaitan OSH untuk kontraktor yang berkhidmat dengan TNB,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya,  kolaborasi  ini akan memantapkan lagi usaha TNB Ilsas dalam meningkatkan kualiti latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, secara langsung akan memastikan kakitangan TNB sentiasa menerima latihan yang terkini serta pada masa yang sama memperoleh sijil kompentensi OSH.

Katanya, Ilsas adalah institusi latihan premier yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalan perkhidmatan latihan kejuruteraan dan pengurusan ulitiliti, yang mana kerjasama ini akan mempertingkatkan dan mengekalkan kualiti serta mutu latihannya.

Sementara itu,  Pengerusi Niosh Malaysia, Tan Sri Lee Lam Tye berkata,  Niosh akan menyumbang kepakaran dalam membantu TNB untuk merealisasikan hasrat bagi melatih kakitangan.

“Kerjasama ini akan memberi keuntungan kepada TNB daripada aspek menjimatkan wang yang perlu dibelanjakan bagi bayaran perubatan pekerja serta pampasan kemalangan, sekali gus meningkatkan imej dan nilai korporat organisasi berkenaan, “ katanya.


sumber:::http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment