MTUC amat kecewa
melihat tindakan sesetengah peniaga, pemborong, pengusaha dan pengeluar yang
tidak mahu menurunkan harga barangan walaupun harga minyak petrol telah
diturunkan bagi meringankan beban rakyat.
MTUC merasakan ini
bukanlah masa untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, malah ini
adalah masa bagi semua pihak termasuk semua kementerian yang terlibat mengambil
inisiatif bagi menangani permasalahan ini secara hemat.
Apabila harga minyak petrol
naik, semua barangan tanpa melibatkan kos terus atau kos sampingan telah
dinaikan harganya dengan alasan bahawa harga pengangkutan mempengaruhi harga
barangan. Kini apabila harga petrol turun tiada usaha yang diambil untuk
menurunkan harga barangan yang dinaikkan. Malahan alasan kos operasi naik pula
diungkitkan. Adakah ini munasabah?
Siapakah yang harus
melakukan pemantauan?
Amat menyedihkan MTUC,
ada pihak pengusaha, peniaga, pihak restoran yang telah pun mengenakan GST 6% terhadap
perkhidmatan dan barangan walaupun tarikh perlaksanaan belum tiba dengan
pelbagai alasan. Antaranya ialah bil Astro, telekom, restauran, poslaju dan
sebagainya telah pun mengenakan GST sebanyak 6%.
MTUC mohon kementerian-kementerian yang berkaitan dan berkenaan mengambil
tindakan wajar terhadap pengusaha-pengusaha yang degil dan enggan menurunkan
harga barangan.
PEKERJA BERSATU RAKYAT MAJU
(N. Gopal Kishnam)
Setiausaha Agung MTUC.
Setiausaha Agung MTUC.
No comments:
Post a Comment