SATU sesi perbincangan bersama MTUC, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kementerian Sumber Manusia berkaitan isu "Union Busting" telah diaturkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 23hb Februari 2015.
Beberapa pegawai utama MTUC dan pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan termasuk Presiden NUBE, Sdr Micchael Tan dan Setiausaha Agungnya Sdr J Solomon telah berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Pertemuan ini diadakan susulan memorandum yang dikemukakan oleh MTUC kepada Suhakam tahun lalu menggesa agar segala bentuk usaha 'menghapuskan' kewujudan kesatuan sekerja dan pelanggaran hak pekerja di negara dihentikan.
Sebaliknya memorandum itu menggesa agar kebajikan dan hak asasi pekerja dijaga demi pembangunan negara yang mapan.
Kini wujud satu persekitaran tidak sihat dari segi membuang atau menggantung pekerja, malah ada yang mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin-pemimpin dan ahli kesatuan serta pekerja-pekerja yang menyertai aktiviti kesatuan secara sah.
Secara kebetulan seolah-olah wujud satu paten di antara GLC dan GOC seperti MAS, KTMB, CIMB dan MAYBANK, yang mana perkembangan ini memberi isyarat salah kepada majikan-majikan yang lain dalam mewujudkan hubungan perusahaan yang baik.
Perbincangan selama dua jam dipengerusikan oleh Pesuruhjaya YBhG Tuan James, yang telah mendengar setiap rintihan dan syor yang dikemukakan oleh kesemua mereka yang hadir. Beliau memberi jaminan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa terbabit bagi memastikan tiada pelanggaran hak asasi manusia.
Bagi NUBE, ini satu perkembangan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada Suhakam dan juga wakil MEF dan Kementerian Sumber Manusia yang hadir.
NUBE berharap pertemuan kali ini akan membawa hasil positif kepada kesatuan dan kaum pekerja di Malaysia.
---
Suhakam meets MTUC, MEF and MHR officials.
The Human Rights Commission of Malaysia held a discussion with MTUC, MEF and two (2) officials from the Ministry of Human Resources regarding "Union Busting" on 23 February 2015.
A few from the MTUC Leadership along with the leadership of affiliated unions including our President, Bro Tan Eng Hong and General Secretary, Bro J Solomon were also invited.
This meeting was convened in furtherance to a memorandum submitted by MTUC last year to Suhakam calling for an end to all forms of Union busting and violation of workers rights.
There has been a disturbing trend of terminating, suspending and taking disciplinary actions against trade union leaders, members and workers involving in legitimate Trade Union activities.
Coincidently, there seems to be a pattern among GLC and GOC such as MAS, KTMB, CIMB, MAYBANK which is sending a wrong signal to other employers in preserving good industrial relations.
The two hours cordial discussion was chaired by the Commisioner YBhG Tuan James who attentively listened to the grouses and recommendations from all parties and assured that he will raise it with the relevant authorities to ensure no violations of Human Rights.
source / sumber :::NUBE
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
"Union Busting" "Union Busting" "Union Busting" "Union Busting" "Union Busting" "Union Busting"
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20bustinghttp://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
http://www.labourbulletin.com/search/label/union%20busting
No comments:
Post a Comment