Thursday, September 1, 2016

MALAYSIA:::Govt should consider reducing daily working hours - MTUC / Kerajaan wajar mengurangkan waktu bekerja



Kerajaan wajar mengurangkan waktu bekerja - MTUC
Beberapa negara jiran di rantau Asia Tenggara sudah mula menurunkan bilangan jam bekerja kepada 40 jam seminggu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masa untuk Malaysia mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan waktu bekerja dalam sehari.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat waktu bekerja selama 48 jam seminggu yang diperuntukkan di bawah undang-undang adalah terlalu 'lama' berbanding negara-negara yang lain.

Setiausaha Agungnya N. Gopal Kishnam berkata pengamalan waktu bekerja yang panjang akan memberi kesan buruk kepada pekerja dalam jangka masa yang lama dan akhirnya mengurangkan produktiviti.



"Apabila kita bercakap tentang produktiviti, kami merasakan bilangan jam bekerja selama enam jam akan memberi kebaikan bukan sahaja dari segi produktiviti pekerja.

"Jika pekerja mendapat rehat yang cukup, mereka akan kembali bekerja pada keesokan harinya dengan lebih bertenaga dan ini seterusnya akan meningkatkan produktiviti mereka di tempat bekerja," kata Gopal Kishnam.

Selain itu, Gopal Kishnam berkata, beberapa negara jiran di rantau Asia Tenggara sudah mula menurunkan bilangan jam bekerja kepada 40 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu yang diperuntukkan dalam undang-undang di Malaysia.

"Memang saya akui perubahan tidak boleh dibuat secara drastik dari keadaan kini kepada 6 jam bekerja sehari.

"Namun, kerajaan boleh menyediakan keadaan di mana masyarakat boleh terima sistem ini dengan menurunkan bilangan jam bekerja secara perlahan-lahan, misalnya menurunkan bilangan jam bekerja kepada 40 jam seminggu," kata Gopal Kishnam dalam satu temubual eksklusif dengan Astro AWANI di Ibu Pejabat MTUC di Subang Jaya.

Beliau turut menyentuh mengenai sasaran Malaysia untuk mencapai negara maju pada tahun 2020.

"Jika kita ingin mencapai negara maju, sudah pasti kita perlu lihat bagaimana tahap produktiviti di negara lain. Oleh itu, saya rasa kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan mengurangkan bilangan jam bekerja demi kebaikan bagi jangka masa panjang," kata Gopal Kishnam.

Sweden sudah mula bergerak ke arah mengamalkan sistem bekerja selama 6 jam sehari setelah eksperimennya menunjukkan hasil memberangsangkan.

Eksperimen tersebut melibatkan satu rumah jagaan warga emas dimana dilaporkan jururawat-jururawat yang bertugas di sana dilihat 20 peratus lebih gembira setelah perubahan waktu bekerja dilaksanakan.

Selain itu, pengkaji turut melaporkan kebarangkalian petugas mengambil cuti sakit juga berkurang sebanyak separuh.
..................................................................................................................................
KUALA LUMPUR: The government should consider reducing daily work hours for employees to increase productivity and counter burn out.

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) is of the opinion that 48-hour work week allocated within the law is deemed to be 'too long' as compared to neighbouring countries.

MTUC secretary-general, N. Gopal Kishnan opined longer working hours would negatively impact employees in the long run and eventually reduce productivity.

"When we talk about productivity, we believe the six-hour workday would benefit not only on the productivity aspect.If the worker gets enough rest, they would return the next day, reinvigorated and ready to give their best at work," said Gopal.

He added several neighbouring countries in Southeast Asia have reduced the maximum working hours in a week to 40 compared to 48 a week, currently provided within the law in Malaysia.

"Although I do agree, the changes could not be made overnight to six hours daily.

"However, the government can take steps towards that in ensuring that the people are ready for it when its implemented," said Gopal to Astro AWANI during an exclusive interview at MTUC headquarters in Subang Jaya, Selangor recently.

He also touched on Malaysia's aspirations to be a developed nation by the year 2020.

"If we want to achieve developed nation status, we have to compare our productivity levels to the other countries. Therefore, I think the time is right for the government to consider reducing the daily working hours so that it will benefit the workers in the long run," he concluded.

Sweden has shifted towards a six-hour working day in its bid to increase productivity and the move has since received positive outcome.

The experiment was done on a nursing home where the nurses working there has seen a 20 percent increase in happiness since the change was made.

It was reported that the likelihood of workers taking sick leave has been halved during the length of the experiment.

No comments:

Post a Comment