Tuesday, November 17, 2015

MALAYSIA::: EDRA 1MDB - PEKERJA TNB ADAKAN SOLAT HAJAT

Assalamulalaikum. .
Sdr I
Esok akan diadakan solat hajat 1 TNB bagi memohon kesejahteraan TNB juga agar TNB dapat memenangi bidaan pengambilan  EDRa.

Mohon kerjasama semua ahli2 beragama islam K3P untuk bersama-sama menunaikan solat hajat ini demi kesejahteraan dan kelangsungan sykt yg kita sayangi.

Bersatu bertambah mutu.
Bersatu kita teguh.
Perjuangan tetap diteruskan. 


Presiden K3P
☝🏼isu mengenai Edra, baca dan fahamkan, TNB sedang berdepan dengan masalah ini.
1) Nasib & masa depan TNB seterusnya akan kita ketahui bila kjaan memutuskan siapakah yg berjaya mendapat tender EDRA 1MDB dalam masa terdekat (mgkin dlm masa terdekat atau Dec 2015).

2) Buat masa ini projek EDRA di sertai tendernya oleh 3 syarikat iaitu :-
1.TNB
2.Qatar Nebras Power
3.China General Nuclear Power Group

3) Syarikat Qatar & China kini telah bergabung menjadi satu konsortium utk memenangi tender EDRA bagi penjanaan 5 power station dalam negara dan juga luar negara.

4) Untuk membolehkan syarikat Qatar & China membeli EDRA, kerajaan telah mengubah dasar pegangan ekuiti asing dengan memberi kebenaran pemilikan 100% dalam penjanaan tenaga (power station).

5) Hal ini samalah seperti menyerahkan perniagaan bekalan elektrik negara kepada pihak asing dari luar negara.

Nota
Untuk perbandingan record - syarikat Qatar & China ini adalah syarikat gergasi dunia dlm industri bekalan elektrik berbanding TNB. Ini samalah mcm tentera Malaysia melawan tentera china + qatar. 

Tidak akan ada kesan segera (instant) yg akan kita lihat dari projek ini jika pihak asing berjaya memenangi tender. 

Kesannya akan mula dilihat setelah setahun dan seluruh power station milik EDRA beroperasi. 

Penjanaan tenaga adalah nadi jantung TNB. Bila penjanaan tenaga diambil alih oleh pihak asing maka nadi TNB lambat laun akan terhenti,

Kesan sampingan yg bakal dilihat adalah kejatuhan nilai saham TNB sebab pelabur akan hilang keyakinan TNB adalah pelaburan yg selamat.

Perjuangan dlm isu ini lebih terarah utk generasi masa depan TNB yg akan bersara 5 tahun keatas. 

Namun kesan2 keputusan ini bakal menyekat pelbagai faedah termasuk bonus,kenaikan gaji,faedah perubatan,ot dll tuntutan sbb syarikat TNB terpaksa potong budget nya bila terpaksa beli tenaga dari power station Edra (jika syarikat asing milikinya)

Ianya samalah spt dulu TNB dipaksa beli dari IPP dlm negara ttp selepas ini TNB kena beli dari IPP milik negara asing di dlm negara sendiri.
Saya baru sahaja dihubungi oleh Presiden K3P, En Abu Husin, dan beliau memohon untuk kita semua, staff tnb 1 Malaysia mengadakan solat hajat di pejabat masing2 esok, berkenaan isu Edra ini. Beliau sedang berbincang dengan pengurusan atasan, dan akan memberikan kata putus pada malam ini, berkenaan perkara ini.
Proses Gadai Negara baru nak bermula. Berbahagialah para pyokong Umno-BN...
Slps IPP... kini org asing. Atau ada sape2 blh bantah kenyataan ini?

Saya memberi amaran tahap "RED ALERT" kepada semua rakyat Malaysia.pekerja TNB dan mereka yang terlibat dalam industri bekalan ekektrik negara.

TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS jika semua pihak termasuk Kesatuan Persatuan TNB terus membisu dalam isu ini.

Dalam kes MAS - kerajaan memansuhkan Akta MAS dan menggantikan dengan Akta MAS baru yg memberi laluan kepada entity baru (MAB) mengambilalih industri penerbangan negara. Kesannya iah 6000 pekerja dibuang kerja dan MAS dilindungi dari tindakan undang2 dan tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas semua liability nya.

Kini modus operandi yang hampir sama digunakan kerana mahu memansuhkan Dasar Pegangan Had Maksimum Ekuiti Asing sedia ada iaitu 49% (Asing) & 51% (tempatan) dalam industri Bekalan Elektrik Negara dengan membenarkan Syarikat Asing menguasainya 100% !!!

Tindakan ini akan menyebabkan Syarikat Asing akan dibenarkan oleh Dasar dan Undang2 negara untuk menguasai sepenuhnya Industri Bekalan Elektrik lantas membunuh syarikat milik rakyat iaitu TNB! Hal ini akhirnya akan menyebabkan TNB bakal menerima nasib yang sama dengan MAS dan rakyat menanggung kesusahannya kerana pihak asing yg menguasai penjanaan tenaga ekektrik akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi & menentukan harga elektrik negara.

Bayangkan apabila syarikat asing sudah menguasai industri ini - Apakah bakal berlaku kepada semua pihak yg ada kepentingan dengan TNB termasuk rakyat,pekerja,pesara,pembekal dan semua yg berkaitan. Apakah jaminan pekerjaan & segala faedah dalam perkhidmatan masih ujud? Kesah trajik pekerja MAS perlu menjadi tauladan semu pihak.

TNBJOU amat terkejut membaca kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA), Datuk Seri Maximus Ongkili yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2015 bahawa ada cadangan untuk membenarkan 1MDB melupuskan semua aset IPPnya kepada syarikat yang dimiliki 100% oleh negara asing.

Ini bertentangan dengar dasar kerajaan sedia ada bahawa had ekuiti maksimum pemilikan asing yang dibenarkan bagi aset-aset penjanaan elektrik di negara ini ialah 49% (bagi memastikan majority iaitu 51% masih dikawal syarikat tempatan).

Kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili itu mengiyakan desas desus bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan peraturan had pemilikan asing itu demi membantu 1MDB mendapatkan harga bidaan yang lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNBJOU memuji pendirian dan tindakan berani Datuk Seri Maximus Ongkili yang secara terbuka menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan membuka sektor elektrik negara kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.

Fikirkan bersama demi masa depan TNB dan generasinya.

(Ini BUKAN posting politik tetapi ianya posting tentang survival TNB & kita semua)

Kenyataan Rasmi 
Mohd Roszeli Majid 
Presiden 
Tenaga Nasional Junior Officers Berhad




Rafizi fail usul tergempar hentikan 1MDB jual Edra 100%
16 Nov 2015, tengahari 1:59
Dikemaskini 16 Nov 2015, petang 5:24


Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini memfailkan usul tergempar mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan hasrat dan cadangan kerajaan persekutuan untuk membenarkan 1MDB melupuskan pegangannya di dalam Edra Global Energy Berhad sehingga 100 peratus kepada sebuah konsortium Cina dan Qatar.


Menurut Rafizi, beliau berharap usul tergempar itu akan dibahaskan pada Rabu ini.

“Hasrat dan cadangan Kerajaan Persekutuan itu bertentangan dengan peraturan sedia ada yang menghadkan pegangan ekuiti oleh pelabur asing di dalam sektor penjanaan tenaga kepada maksimum 49 peratus demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat usul itu berdasarkan surat daripada Suruhanjaya Tenaga kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 11 September 2015 yang berkata ia tidak mempunyai bantahan terhadap penjualan saham 100 peratus kepada pelabur asing.

"Mesyuarat Suruhanjaya pada 6 September telah berbincang mengenai perkara ini dengan samping mengambil kira agenda liberalisasi kerajaan, amalan negara-negara lain, dan impak penglibatan pelabur asing ke atas sektor industri negara.

"Sehubungan itu, Suruhanjaya itiada halangan dengan rancangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan Edra melupuskan 100 peratus saham bagi aset-aset milikannya kepada pelabur asing," petik surat Suruhanjaya Tenaga diperolehi oleh Malaysiakini.

Melupuskan Edra adalah antara beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan sedang dalam usaha menyelesaikan 1MDB yang sarat hutang.

http://m.malaysiakini.com/news/319693


No comments:

Post a Comment